POLISI PEMBELIAN SECARA ONLINE:
Untuk meneruskan transaksi, anda perlu MEMBACA dan BERSETUJU dengan terma dan syarat di bawah serta memilih SAYA SETUJU dan klik PROCEED:
Terma & syarat pembelian atas talian:
1. Anda hendaklah memastikan & mengesahkan produk beserta kuantiti yang dipesan, alamat penghantaran, nombor telefon, cara penghantaran & kaedah pembayaran yang dipilih oleh anda adalah betul & tepat mengikut pengesahan pesanan. Semasa anda mengesahkan pesanan, anda perlulah membenarkan syarikat untuk mengecaj kad kredit/debit anda untuk pembayaran pesanan yang telah dibuat, jika anda memilih untuk menggunakan kad kredit sebagai cara pembayaran anda.
2. Anda bersetuju untuk membayar caj Pengendalian (pengeposan, caj pemprosesan, dan lain-lain) seperti yang tertera di dalam invois syarikat.
3. Selepas anda mengesahkan pesanan, anda perlu bersetuju bahawa pesanan atas talian anda adalah MUKTAMAD dan TIDAK boleh diubah, dipadam atau ditukar dengan produk lain.
4. Anda telah bersetuju dengan jadual penghantaran berikut:
Jika pesanan telah disahkan, ia akan dihantar kepada anda mengikut tempoh seperti berikut :
i- Daerah setempat dan kawasan bandar; jangkaan limit 1-3 hari bekerja dari tarikh pesanan.
ii- Daerah luar kawasan & Sabah/Sarawak/Labuan; jangkaan limit 3 -10 hari bekerja dari tarikh pesanan.
iii- Sekiranya anda memilih untuk membuat pengambilan sendiri, anda perlulah mengambil pesanan tersebut (di tempat yang telah anda tentukan semasa membuat pesanan) dalam tempoh 7 hari dari tarikh pesanan dibuat.
iv- Apabila anda menerima pesanan dari perkhidmatan kurier mahupun pengambilan sendiri, pastikan anda memeriksa dengan memastikan produk dan kuantiti yang diterima adalah betul seperti yang dipesan. Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan di talian 010-824 4297 (Puan Zai) dalam tempoh 7 hari dari tarikh resit sekiranya terdapat sebarang percanggahan.
v- Segala percanggahan yang dilaporkan selepas tempoh yang diberikan TIDAK akan dilayan.
5. Pesanan yang dibuat menerusi atas talian samada menggunakan perkhidmatan kurier ataupun pengambilan sendiri tidak boleh dipulangkan dan ditukar melainkan produk yang diterima oleh anda tidak menepati pesanan yang dipinta, mempunyai masalah kualiti atau dalam keadaan yang tidak boleh dimakan/digunapakai.
POLISI PEMULANGAN PRODUK-PRODUK ROSAK:
Produk HANYA dibenar untuk dipulangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: -
1- Isu kualiti yang disebabkan oleh kecacatan pengilangan berdasarkan spesifikasi tertentu yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
2- Produk yang rosak (seperti kemek, pecah dan permasalahan semasa proses penghantaran), di mana ianya perlu dilaporkan kepada Khidmat Pelanggan Charms di talian 010-824 4297 (Puan Zai) dalam tempoh 7 hari dari tarikh resit, supaya pihak Charms dapat berhubung dengan pihak kurier untuk proses penggantian KECUALI:
i- Kecacatan produk yang disebabkan oleh kecuaian, pengendalian yang tidak betul atau penyimpanan yang tidak baik oleh pengedar/pelanggan.
ii- Produk yang telah tamat tempoh uyang disimpan oleh pengedar bukan HQ.
3- Produk yang dikembalikan mestilah dalam bungkusan asal.
4- Pemulangan wang tunai sama sekali TIDAK dibenarkan.
SAYA BERSETUJU SEBARANG KESILAPAN MAKLUMAT (NAMA, ALAMAT, POSKOD, NO TELEFON) ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SAYA.